Kumpulan kedua daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seramai 34 pegawai dan anggota berlepas ke Turkiye Jumaat malam dalam misi bantuan gempa bumi ke negara itu. <br /><br />Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, bantuan kemanusiaan itu akan menubuhkan Hospital Medan yang mana merangkumi tahap 3 di Turkiye. <br /><br />Misi itu akan diketuai Kolonel (Dr) Nik Mohd Noor Nik Amin.